Wednesday, July 20, 2016

BUAH TEEN KERING DAN FRESH, MANA LEBIH BAIK?

CEO Olive House menulis;

Jawapannya sama ada fresh atau kering, keduanya merupakan buah hebat digelar sebagai buah yg hampir sempurna pada semua nutrisi.

Bandingan mana lebih baik umpama membanding antara emas dan berlian. Keduanya harta bernilai kepada manusia sebagaimana bernilainya buah teen pada kesihatan tubuh badan manusia.

Dr. Sheldon Margen (professor of public health at UC Berkeley) menulis berkaitan buah teen segar dan kering.

Buah teen segar memang mempunyai rasa yang hebat diluar khayalan tetapi hanya bertahan seminggu selepas dituai. Buahnya cepat rosak. Oleh sebab itu 90% dari buah teen yg ditemui di dunia sudah kering.

Buah teen kering mempunyai beberapa kelebihan istimewa berbanding mampu jangka hayat lebih lama.

Buah teen kering mempunyai kandungan nutrisi yang mengagumkan.

Ia mempunyai kandungan fiber dan mineral berbanding mana-mana buah-buahan, kacang dan sayur-sayuran.

Ia mempunyai 1000 (seribu) lebih kalsium dari mana-mana buah. Jika mengikut timbangan, ia mempunyai kalsium melebihi skim milk.

Buah teen mempunyai 80% lebih potassium berbanding pisang dan mudah dihadam.

Mempunyai zat besi melebihi mana-mana buah dan tinggi magnesium. Jadi tidak pelik ia digelar sebagai buah yg hampir sempurna.

Jadi tuan puan, sekarang kita tahu secebis hikmah kenapa di dalam Al-Quran dan semua kitab samawi memuji buah hebat ini. Al-Quran itu manual untuk manusia berjaya dunia akhirat juga pada soal aturan kehidupan. Tunggu apa lagi, amalkan buah teen setiap hari untuk kesihatan kita. Itu belum lagi saya kongsikan berkaitan buah teen dan kesihatan batin.



Sumber : http://articles.latimes.com/1999/jan/11/health/he-62368

Thursday, July 7, 2016

Aafiat Lifestyle di TV Al-Hijrah


RANCANGAN AAFIYAT LIFESTYLE
SEBANYAK 13 EPISOD
DIBAWAKAN KHAS OLEH OLIVE HOUSE
BERMULA 7 OGOS INI (AHAD) 
JAM 9.30 MALAM
DI SALURAN TV AL HIJRAH
Sama-sama kita amalkan Gaya Hidup Aafiyat bersama OLIVE HOUSE